Saturday 17 September 2016

Tempat menarik di Sandakan

Assalamualaikum..

Hari ni seharian berjalan disekitar Sandakan. Dari pagi ke petang. Awal pagi, kitorang ke Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre. Ini tempat wajib untuk di lawati sekiranya berkunjung ke Sandakan. Boleh tengok orang utan yang semakin pupus. Sebaiknya datang ke sini masa 'feeding time' iaitu jam 10 am dan jam 3 pm setiap hari..Untuk hari jumaat, centre ni tutup jam 11 am - 2 pm..tak lama pun untuk lawat orang utan ni, 2 jam dah cukup. Dan yang penting, jangan lupa sapu minyak herba Asmak sebelum masuk untuk elakkan nyamuk hisap darah. Ingat tu...
Pintu masuk ke Sepilok

3 ekor sedang menunggu


Kantin



Tak jauh dari Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre, terdapat sebuah lagi centre iaitu Sun Bear Conservation Centre. Boleh tengok Beruang Madu..tadi nampak beruang2 tu makan rambutan..hihi..
Sun bear yang sedang bersaing merebut rambutan



Setengah hari dah habis lawat dua tempat ni. Petangnya, melawat Sandakan Memorial Park dan seterusnya ke Puu Jih Shih Buddhist Temple. Tempat2 yang sangat sesuai untuk sight seeing.
Sandakan War Memorial

Sandakan War Memorial

View from temple

Stairs

Temple

Itu je la nak cerita. Ada banyak tempat lagi yang menarik, tapi tak sempat nak lawat. InsyaAllah next time. Esok nak balik ke Kota Kinabalu, akan lalu Ranau dan Kundasang. Nanti saya update entri laawatan ke sana.

InsyaAllah esok,setibanya di Kota Kinabalu, kami akan menyambung operasi biz seperti biasa. Order Minyak Herba Asmak dah berderet,

Ok, setakat ini dulu untuk entri kali ni..

Wassalam,

Murni SN 00301
012-8896072

No comments:

Post a Comment